Alasan perintah darurat Darurat Pakistan 2007

Musharraf menggunakan hujah kegiatan berunsur pengganas yang kian berleluasa serta campur tangan Mahkamah Tertinggi sebagai alasan mengisytiharkan darurat, yang dibidas sebagai pemerintahan tentera oleh pihak pembangkang di Pakistan. Berikutan pengisytiharan tersebut, Iftikhar Mohammad Chaudhry telah digantikan sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tertinggi. Ramai pemimpin pembangkang, termasuk Imran Khan, Mehmood Khan Achakzai dan Qadir Magsi telah ditahan. Bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto, tidak ditahan, tetapi dikenakan tahanan rumah.

Bagi Pervez Musharraf, hanya beliau dan rakyat Pakistan yang tahu dan mahir untuk mentadbir negara tersebut berbanding orang luar. setiap sudut dan kelompok rakyat hendaklah dipantau agar kestabilan negara terus terjamin.